Peraturan kempen Rakan-NDB (Klausa 1-6) dikenakan kepada pelanggan yang menyertai kempen Bonus Permulaan sahaja. Peraturan kempen Rakan Niaga-NDB (Klausa 7-13) dikenakan kepada semua pelanggan yang memiliki akaun Afiliasi. Kempen bonus bagi Rakan-NDB dan Rakan Niaga-NDB sangat bersesuaian.
Perjanjian ini adalah tambahan kepada perjanjian tawaran Awam, Perjanjian Kerjasama, dan Perjanjian Bonus Permulaan. Dengan menerima syarat-syarat Perjanjian Bonus ini, anda menerima peraturan tawaran yang berkaitan di atas.
Peraturan program bonus Rakan-NDB:
- Program bonus Rakan-NDB tersedia untuk peserta bagi program Bonus Permulaan Sahaja.
- Setiap pelanggan yang menyertai program bonus Rakan-NDB layak untuk mendapat bonus bagi setiap rujukan yang mendaftar untuk program Bonus Permulaan. Jumalah bonus yang dikreditkan kepada peserta program bonus Rakan-NDB sama dengan separuh daripada bonus Permulaan yang diterima oleh rujukannya.
- Setiap peserta program bonus Rakan-NDB menerima log masuk dan kata laluan ke akaun yang berasingan untuk bonus Rakan-NDB. Data akses untuk ini dihantar pada pendaftaran kali pertama pelanggan yang berjaya .
- Akaun ini tersedia untuk diperdagangkan selama 30 hari selepas pendaftaran kali pertama buat pelanggan yang berjaya. Dalam tempoh ini, bonus Rakan-NDB disimpan di dalam akaun.
- Sekiranya rujukan anda yang layan terus mendaftar selepas tempoh 30 hari, akaun Rakan-NDB baru akan dibuka untuk menyimpan bonus bagi tempoh 30 hari berikutnya. Akaun Rakan-NDB baru dibuka secara automatik, dan data akses ke akaun ini juga akan dihantar melalui e-mel .
- Bonus Rakan-NDB dikawal selia oleh peraturan Perjanjian Bonus Permulaan.
Peraturan program bonus Rakan Niaga-NDB:
- Program bonus Rakan Niaga-NDB tersedia untuk semua peserta Program Kerjasama InstaForex.
- Setiap pelanggan yang menyertai program bonus Rakan Niaga-NDB berhak untuk menerima komisen bonus Rakan Niaga-NDB bagi perdagangan yang dilakukan dengan dana bonus Permulaan oleh rujukan anda yang layak. Komisen itu bersamaan dengan komisen afiliasi biasa bagi setiap Lot yang didagangkan .
- Komisen bonus Rakan Niaga-NDB dikreditkan ke akaun komisen yang berasingan. Data akses untuk akaun ini dihantar dalam e-mel yang sama seperti dalam klausa 2 (untuk peserta program bonus Rakan-NDB), atau pada pendaftaran rujukan pertama yang layak.
- Komisen bonus Rakan Niaga-NDB dikreditkan sehingga pelanggan mendapat keuntungan seban yak 10% dari Bonus Permulaan. Selepas deposit pelanggan sekurang-kurangnya 10% dari jumlah bonus dan sambungan dagangan, akruan komisen semula.
- Komisen bonus Rakan Niaga-NDB tersedia untuk pengeluaran sekali sehari dalam jumlah yang dikira oleh formula: 0.5 * LOT = X, di mana LOT adalah jumlah dagangan akaun pada akaun rujukan dan X adalah jumlah yang boleh dikeluarkan dalam USD. Banyaka dikira setiap shri pada akaun rujukan yang layak bermula dari saat jumlah deposit melebihi 10% dari Bonus Permulaan yang diterima. Hanya LOT tertutup sahaja yang di ambil kira. Jumlah maksimum yang tersedia untuk pengeluaran pada hari tertentu tidak melebihi 50% dari jumlah deposit pelanggan pada hari itu.
- Akaun bonus Rakan Niaga-NDB tidak tersedia untuk diperdagangkan. Oleh itu, pelanggan boleh menggunakannya hanya untuk menerima komisen yang menarik rujukan dan penarikan balik komisen yang telah berubah menjadi dana yang tersedia untuk pengeluaran.
Peraturan umum yang dikenakan bagi kedua-dua program:
- Dalam sesetengah kes, Syarikat mempunyai hak untuk menolak penyertaan pelanggan dalam program bonus Rakan_NDB dan Rakan Niaga-NDB.
- Pihak Syarikat berhak untuk meminda atau mengubahsuai terma syarat kempen tanpa notis terlebih dahulu.