Kempen ini digunakan untuk akaun Standard USD yang dibuka dari 29/03/2019, kecuali untuk akaun MT5.
Akaun dagangan dibuka lebih awal di bawah syarat-syarat berikut yang boleh didapati disini.
Perjanjian ini adalah tambahan kepada Tawaran Awan. Dengan menerima terma dan syarat Perjanjian Bonus, anda telah menerima
tawaran tersebut.
Prinsip Program Bonus
- Bonus StartUp InstaForex adalah bonus tanpa deposit. Setiap pelanggan baru InstaForex, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan bonus ini.
-
Apabila membukan akaun yang di mana Bonus StartUp InstaForex akan dikreditkan, Pelanggan dikehendaki untuk menentukan data ID mereka. Setelah Bonus itu dikreditkan,
pelanggan dilaang untuk mengubah data peribadi yang di masukkan ke dalam ruangan Nama Penuh.
-
Dana bonus tersebut tidak tersedia untuk pengeluaran. Walau bagaimanapun, keuntungan yang diperolehi daripada perdagangan dana bonus tersebut boleh ditarik semula jika
semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dipenuhi.
-
Bonus StartUp InstaForex adalah bonus untuk Pelanggan bagi memulakan perdagangan mereka di Forex. Sebaik sahaja akaun dagangan pelanggan didepositkan dengan wang sebenar,
maka bonus tersebut akan dibatalkan serta merta.
-
Pelanggan bersetuju bahawa akaun yang dikreditkan dengan Bonus StartUp InstaForex akan ditukarkan menjadi akaun demo sekiranya pelanggan tidak membuat pendepositan kepada
akaun dagangan mereka selepas 7 hari mereka menerima Bonus StartUp. Selepas itu, kedua-dua Bonus StartUp InstaForex dan keuntungan yang diperolehi daripada perdagangan dana
Bonus dianggap sebagai wang maya.
-
Sekiranya pelanggan membuat pendepositan terhadap akaun dagangan mereka yang dikreditkan dengan Bonus StartUp InstaForex, maka keuntungan yang diperolehi daripada dagangan
ini bermaksud bonus ditukarkan menjadi bonus yang bernilai 100% dari jumlah deposit. Selain itu, bonus untuk deposit yang pertama bersamaan dengan 110% apabila Pelanggan
memperoleh keuntungan 10% daripada perdagangan Bonus StartUp InstaForex dan membuat pendepositan dalam masa 7 hari selepas Bonus diterima.
- Terma dan syarat untuk Bonus StartUp 100% dinyatakan dalam Perjanjian ini.
- Pelanggan bersetuju bahawa semua perdagangan yang berterusan dalam Akaun akan ditutup sebaik sahaja Akaun telah didepositkan dengan tunai.
-
Pelanggan bersetuju bahawa keuntungan dalam akaun akan dikreditkan dengan Bonus StartUp InstaForex yang diagihkan secara berkadaran di antara dana deposit sebenar dan
keuntungan dari Bonus StartUp 100% dalam akaun dagangan. Pada masa yang sama, sebahagian keuntungan yang berkadar sama dengan jumlah bonus boleh menjadi terhad untuk
pengeluaran sehingga sejumlah lot dilaksanakan mengikut klausa 11 dalam Perjanjian ini.
-
Bonus StartUp InstaForex ataupun Bonus StartUp 100% tidak boleh dibuat pelaburan dalam akaun PAMM, tetapi kedua-duanya boleh digunakan untuk menyalin perdagangan orang
lain dalam sistem ForexCopy.
-
Bonus StartUp 100% boleh dikeluarkan dengan syarat Pelanggan melaksanakan perdagangan BELI dan JUAL yang berjumlah X*3 lot InstaForex, di mana X adalah jumlah Bonus yang
dikreditkan. Keuntungan Bonus boleh dikeluarkan selepas Pelanggan melaksanakan tawaran BELI dan JUAL yang berjumlah Y*3 lot InstaForex, di mana Y adalah sebahagian
keuntungan yang berkadaran dengan Bonus. Untuk membuat pengeluaran bagi kedua-dua bonus dan keuntungan yang diperolehi daripada akaun dagangan, pelanggan harus menghantar
permintaan berikut melalui pautan dalam Kabinet Pelanggan. Pautan akan muncul sebaik sahaja pelanggan melaksanakan bilangan lot yang diperlukan. Syarikat berhak untuk
menolak permintaan pengeluaran bonus tanpa menjelaskan alasannya.
- Pelanggan bersetuju untuk menerima maklumat mengenai perkhidmatan Syarikat pada e-mel yang disediakan apabila akaun bonus didaftarkan.
-
Tanpa mengira hasil perdagangan dalam akaun yang dikreditkan dengan Bonus StartUp InstaForex, Pelanggan mempunyai hak untuk membuka akaun yang lain dengan Syarikat dan
menerima Bonus Penyertaan 30% untuk setiap deposit dalam akaun yang baru.
- Syarikat InstaForex berhak untuk meminda atau menambah syarat-syarat bagi program bonus tanpa memberi notis terlebih dahulu.
-
Bahasa rasmi Perjanjian adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan di antara Perjanjian dalam bahasa Inggeris dan versi terjemahan, Perjanjian dalam bahasa
Inggeris dianggap sebagai standard rujukan terdahulu.